Belia 4B serah memorandum bantahan kepada Kedutaan AS

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kira-kira 50 ahli Gerakan Belia 4B mengadakan demonstrasi aman mengutuk serangan Israel ke atas Palestin serta menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan, Mohd. Azhari Naharuddin sebelum itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil kedutaan AS di sini pada pukul 2.55 petang.

Bagaimanapun, kumpulan itu ditahan oleh polis kira-kira 50 meter dari pintu masuk kedutaan tersebut.

Hanya Mohd. Azhari serta empat wakil lain dari kumpulan itu dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada seorang wakil kedutaan yang enggan dikenali.

Mohd. Azhari berkata, peranan AS sebagai 'polis dunia' amat penting dalam menghentikan serangan rejim Israel ke atas wilayah Hamas di Palestin sejak hujung Disember lalu.

"AS harus menghentikan tindakan rejim Yahudi ke atas Palestin kerana janganlah kerana satu atau dua orang pemimpin Hamas, seluruh Palestin menjadi mangsa serangan Israel," katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum itu.

Menurutnya, Gerakan Belia 4B amat prihatin dengan nasib yang menimpa golongan muda dan kanak-kanak Palestin yang ramai terkorban sejak serangan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman ketika ditemui berkata, dua pasukan yang terdiri daripada 45 anggota dan pegawai dari Balai Polis Cheras diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar kedutaan itu.

''Kami telah berada di sini sejak pukul 1 tengah hari dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ia (demonstrasi) tamat kira-kira pukul 3 petang," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Presiden Gerakan Belia 4B Kebangsaan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melalui satu kenyataan yang diedarkan oleh pertubuhan itu mengutuk peperangan yang dilancarkan Israel ke atas Palestin.

Katanya, tindakan Israel yang mengepung serta menyerang 1.6 juta rakyat Palestin itu menunjukkan rejim Zionis berkenaan tidak menghormati hak dan kedaulatan Palestin, selain menafikan hak rakyat negara tersebut daripada mendapat keperluan serta perubatan asas.

''Kami meminta Presiden Bush dan kerajaan AS memainkan peranan dalam menghentikan serangan Israel ini serta membenarkan bantuan kemanusiaan luar masuk ke Palestin, terutamanya melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PERLAKUAN REGIM ZIONIS TERHADAP PALESTIN DAN PEMIMPIN HAMAS

Kepada/To : Mr Sir George W. Bush (President of U.S)
Daripada/From : Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor
Tarikh:/Date : 5 January 2008
Tajuk/Title : Serangan ke atas negara Palestin oleh Rejim Zionis / Zionis regime attack in Palestine

Penaklukan dan serangan ke atas bumi Ghazza sewenang – wenangnya ini oleh Negara Israel lalu membuktikan kekejaman dan keangkuhan Kepimpinan Israel kepada hak dan kedaulatan rakyat Palestin atas alasan memburu pemimpin – pemimpin Hamas.
The recent attack/bombing in Gaza by Israel for ‘hunting’ the Hamas leaders has proven the violence and arrogance of the Israelis ruling to the rights and sovereignty of the Palestinians.

Oleh yang demikian, kami barisan golongan belia iaitu Gerakan Belia 4B Malaysia Wilayah Persekutuan sebulat suara mengecam dan mengutuk serangan ke atas Negara Islam Palestin oleh Rejim Zionis , Israel. Oleh itu kami MENGGESA AGAR:
Regarding to that matter, we, the youth group from Gerakan Belia 4B Malaysia Wilayah Persekutuan, condemns the Israel’s Zionis Regime attack on the Islams in Palestine. Therefore, we IMPLORE THAT:

Negara Israel menghentikan segala serangan baik melalui darat mahupun udara yang membunuh rakyat palestin yang tidak berdosa terutama golongan warga tua, wanita, remaja dan kanak – kanak atas alasan mencari dan memburu Pemimpin Hamas.
Israel to stop any attacks via land and air that kills innocent Palestinians, in particular the senior citizens, women, teenagers and children, with the excuse to find and hunt down Hamas leaders.

Kekejaman yang berterusan ini juga, menunjukkan kepimpinan Israel tidak menghormati hak dan kedaulatan rakyat Palestin. Negara Israel menyerang dan mengepung 1.6 juta penduduk Palestin termasuk menafikan hak mereka mendapatkan keperluan asas dan perubatan.
The continued violence also demonstrates that Israel ruling does not respect the rights and sovereignty of the Palestine nation. Israel attacked and surrounded 1.6 million Palestinian residents as well as denying their rights to basic needs and medical care.

Menggesa supaya Amerika Syarikat dan Israel mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Pemerintah di Palestin serta menghormati kedaulatan Negara Palestin dengan merobohkan tembok batu yang mengelilingi bumi Ghazza serta membenarkan bantuan daripada pihak luar khususnya daripada Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu kepada Rakyat Palestin.
We implore for the United States of America and Israel to declare Hamas as the ruling government in Palestine and respect sovereignty of Palestine by demolishing the brick wall which surrounds Gaza and allow international/external help especially from PBB to the Palestinian nation.

Mendesak supaya Negara Israel menghormati Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu dan Liga Arab serta desakan masyarakat dunia terhadap kekejaman Negara Israel ke atas Bumi Palestin
We urge for Israel to respect PBB and Arab League as well as the nation of the world against Israelis violence towards Palestine.

Menggesa Negara Israel supaya menyokong segala usaha gencatan senjata yang ditaja oleh pihak luar dan mematuhi segala peraturan – peraturan dalam proses gencatan senjata.
Insist that Israel cease fire and abide to all regulations pertaining to the peace bodies.
Kami berharap agar Kedutaan Amerika Syarikat dapat menyampaikan bantahan ini yang mewakili masyarakat belia Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Sir George W. Bush agar campurtangan dan menghentikan serangan ke atas Bumi Palestin oleh Negara Israel.
We hope that US Embassy will convey this objection represented by the youths of Malaysia to the President of the United States of America, Sir George W. Bush, to intervene and stop the Israelis attacks on Palestine.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat.

( MOHD AZHARI BIN NAHARUDDIN )
Pengerusi.
Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan

Sasaran sejuta ahli baru belia

KOTA KINABALU 30 Nov. - Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan pertambahan bilangan ahli persatuan-persatuan belia di seluruh negara akan meningkat sekali ganda iaitu sebanyak sejuta keahlian baru menjelang akhir tahun depan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini hanya kira-kira sejuta belia di negara ini mendaftar sebagai ahli persatuan belia. Menurutnya, bilangan itu hanya 10 peratus daripada kira-kira 11.6 juta belia di negara ini yang mendaftar dalam persatuan belia.
''Daripada segi penyelidikan yang kita buat, belia yang berpersatuan ini agak sukar dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif, jadi sebab itu kita nak perbanyakkan ahli persatuan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian cek bantuan program memperkasa Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah 2008 di sini semalam. Turut hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Razi. Setakat ini, sebanyak RM373,000 telah diperuntukkan kepada Persatuan Belia di Sabah termasuk bantuan cek berjumlah RM205,000 kepada 60 persatuan belia yang disampaikan hari ini. Menurutnya, sebanyak RM12 juta telah dibelanjakan di seluruh negara pada tahun ini bagi memperkasakan persatuan belia.
Katanya, dengan pertambahan peruntukan itu pelbagai aktiviti bagi memperkasakan belia dan menambah keahlian telah dirancang seperti kempen satu komuniti satu persatuan belia. "Pada tahun depan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi memperkasakan persatuan belia," ujarnya. Tambahnya, pada tahun depan juga kerajaan merancang mewujudkan kelab rakan muda yang melibatkan semua kaum dan etnik di seluruh negara.
-Diambil dari akhbar Utusan Malaysia.